Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia kesihatan dan kelangsungan perjalanan kami di bumi penuh hijau permai iaitu New Zealand. Tak terlintas dalam pemikiran aku untuk menjejak kaki jauh kat negara nun beribu KM dari Malaysia ni.. hihi.. Trima kasih en. suami untuk trip ni..abg memang awesome..
Trip ke NZ ni at first bukan dalam list destinasi awal.. Memula tu plan nak ke Sydney Australia. Gigih la makcik ni menggoggle pasal bandar, tempat tinggal, xtvt dan semua yang berkaitan Sydney lah,..
Sebab nak bawa bebudak kan..lebih seronok untuk ke Sydney,banyak tempat mainan and shopping pun best kat sana..duh! Lepas berpenat lelah rikki tempat tinggal dan etc etc... X JADI pulak.. Plan berubah disebabkan airport tax yang mahal RM400 lebih seorang (menurut en. suami) So destinasi pun bertukar gi ke NZ Utara iaitu AUCKLAND. Airport tax ke Auckland NZ hanya RM200 lebih seorang.
Tiket - Kami guna tiket tahunan percuma syarikat en.suami bekerja. Alhamdulillah..Maybe ni last last free ticket yang kami dapat. So gunakan sebaiknya ketempat yang jauh skit. Jom tengok sikit perihal New Zealand Utara ni.
LATAR BELAKANG
Menurut WIKIpedia :
Pulau Utara (bahasa Maori:Te Ika-a-Māui) merupakan salah satu daripada dua pulau utama yang terdapat di New Zealand. Pulau yang lain adalah Pulau Selatan. Luas pulau ini ialah 113,729 km persegi menjadikannya pulau ke-14 terbesar di dunia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 3,250,700 mengikut perangkaan Jun 2008. Di kepulauan Utara ini juga terletaknya ibu negara NZ iaitu
Wellington .Ia terletak di titik paling selatan di Pulau Utara, New Zealand. Wellington juga merupakan bandar raya kedua terbesar selepas Auckland.
Kebanyakan bandar2 dan pekan2 di NZ menggunakan bahasa Maori yang merupakan kaum asal mendiami pulau tersebut. Memang mencabar untuk mengingati kebanyakan nama2 tempat di sana..hehe tergeliat lidah nak sebut nye pun. Meh lihat dalam peta di bawah rupe kepulauan utara NZ.
Peta Pulau Utara New Zealand |
Tahukah berapa jauh bumi Malaysia dengan NZ ni? siapa dpat jawab dpt satu bar choclate Cadbury..hehe.. lewat nunggu jawapan yang x pasti meh bagitau je kat sini..
KUL - AUCKLAND jauhnye ialah 8724km or 5421 batu mengikut lalauan udara.yang lurus mcam gambo di bawah ni
Untuk sampai ke Auckland ,NZ, kita
akan melalui negara Australia.Itu yang besar tengah2 tu..
MATAWANG
Matawang yang digunakan adalah New Zealand Dollar. Semasa kami pergi ni tukaran matawang ialah 1NZ Dollar = RM2.87. Tukar siap2 kat Malaysia sebab currency change tinggi. Kalau kena tempat Money Exchange yang boleh bagi harga baik dan nilai Malaysia lebih naik boleh dapatkan wang NZ Dollar dengan kadar lebih rendah dalam RM 2.74 (time huby gi tukar kt Summit Subang)
Antara tempat tukar duit yang menjadi pilihan ialah Summit Subang, Mid valley dan Masjid India.
p/s; ari nak fly ke NZ gi tukar duit kat KLIA CIMB dapat RM2.80 (ade diskaun skit utk staff). Dan nak tukar balik dari duit NZ ke RM, akan mengalami sedikit kerugian harga compared dengan harga masa beli duit NZ aritu. Ikut pengalaman kami tukar balik lebih duit NZ ke RM, tukaran nye ialah 1NZ Dollar = RM 2.60. Kami tukar dalam airport, kat Arrival tu kami tanye 2 tempat iaitu MBB dengan CIMB. Lastly after compare price.. CIMB beli nilai tukar yang lebih tinggi untuk hari itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan